Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Umatku
telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah
diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang
Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau
haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke
atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan
kemudian berfirman kepadanya: “Masanya telah hampir tiba bilamana
hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang
besar (di dunia) dan akan mendatangimu.”
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak
menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada
bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang
yang berpuasa ini) akan diampunkan.” Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW
pun bertanya: “Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?”
Dijawab oleh Rasulullah SAW: “Tidak, tetapi selayaknya seorang yang
beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”
Selamat berpuasa ye rakan-rakan